Isnin, 7 September 2009

Memetik Anggur Di German,Minum di Kowloon



















Tempat yang ada texture menarik dan agak realistik-bagi saya ialah kowloon (saya lupa nak copy surl dia,jadi kenala anda semua search pada bar).
Walaupun saya tidak pernah pergi Hong Kong atau China, tapi kebanyakkan visitors yang datang ke sim ni memang memuji la realistiknya sim ni.Paling best sim ni banyak lorong-lorong sempit macam tipikal bandar kecil di China..jadi saya memang seronok la mengeledah setiap lorong yang ada.Paling best pakai mouse viewer.Kalau nak sewa bilik dan nak menetap di situ pun boleh.Tapi kecil la.Sesekali teringat ada satu cerita seram Hong Kong masa explore lorong-lorong rumah-rumah situ..Kopitiam pun ada.Warung pau pun ada.Masa di Kowloon avi saya pakai short overall harga hanya L5.Itu di beli di kowloon.Saya padankan dengan camisole putih dan sneakers grafiti.Bangle tu di tangan tu saya buat sendiri.Sesape nak tempat sila hubungi saya,,,hahahah
Keesokkanya saya masuk pagi2 lepas solat subuh sambil buka website bussiness saya,travel ke Notl Torn.Travel dengan kak cik kita myra belissima -orang kedah.Tapi connection tak berapa nak bagus.Sempat la memetik anggur.Saya pakai Oriental Top daripada Magika dan Capri putih dengan sneakers yang sama.
Okay Chaos..
Nova2009 Avril

Sabtu, 5 September 2009

Universiti Virtual Di Second Life




Ha..




Ramai ingat asal virtual comunity aja...semua berkaitan dengan chat dan main-main.Jangan tak tahu dalam SL ada universiti virtual.Tak payah ke luar negara.




Ada Saint Louis Universiti,ada oxford dan ada universiti priceton.Memang universiti-universiti tersebut mengupah pekerjanya sendiri untuk uruskan sim universiti mereka.Dan yang bestnya professor-professor yang bertauliah akan rajin masuk online dan bagi real lecture.




Tapi kena bayar la.Mahal jugak




Pun begitu kalau nak belajar pasal scripting ke..cara nak buat baju virtual ke..cara nak buat rumah virtual ...ada tempat free.Tetapi terhad kepada pelajaran untuk SL sahaja.Salah satu kelas yang saya suka sangat ikuti ialah NCI.Link dia di sini http://slurl.com/secondlife/Fishermans%20Cove/28/153/326.




Cuba tengok gambar saya dalam kelas tu.Punya la skema cara duduknya.Tapi tak boleh control cara duduk tu.Kalau kerusi tu ada script pose ball duduk macam tu..maka akan duduk macam tu la avi kita.Duduk macam bersanding .Ahaks.,Sebelah tu mamat dari mana ntah tapi hensem la avi dia.Rasanya kelas dalam gambar tu pasal asas-asas untuk buat baju di SL.
Okay jumpa lagi
Kalau nak tahu pasal SL silala dload.
Chaos
Nova2009 Avril




Selamat Datang Ke Malaysian 2nd Life







Huh,2nd Life? Kehidupan Kedua? Apa kejadahnya itu..






Senang cerita begini-Second Life atau SL adalah sebuah virtual comunnity /Komuniti Virtual di mana kita chat seperti dalam IRC atau YM tetapi lebih hebat lagi SL ni- kita ada avi atau Avator yang mewakili diri kita.Dan lebih best lagi kita ada virtual world.Kita boleh ke Australia dalam masa 5 minit,ke Paris kemudianya dengan hanya teleporting.Dan paling best- kita boleh berinteraksi dengan avi-avi lain diseluruh dunia dan kadang-kadang boleh voice chat dengan avi-avi tersebut seolah-olah mereka berada di sebelah kita sahaja.






Nama avi saya ialah Nova2009 Avril.Dan avi saya adalah seperti di dalam gambar.Gadis melayu sejati yang memakai kebaya.Ahaks.Tetapi kadang-kadang kalau boring-boring , Nova bertukar kepada Gothic girl atau mahkluk kecil yang comel dan cuddly.






Di dalam dunia SL- avi saya bekerja sebagai manager kepada fashion store Vidal(ye..boleh bekerja dan kumpul duit buat belanja...hehe.Nama matawang SL ialah Linden).Asal mula main Sl ni, avi saya jadi vampire.Tetapi disebabkan main vampire ni tidak sesuai dengan diri saya sendiri-ewwwwwww kena cari darah avi lain dan gigit leher orang tu.Tak mau!Saya pun bertukar lah jadi cheerleaders.Memandangkan ramai sungguh menolong saya membentuk avi jadi lebih bagus-dalam usia 3 bulan-avi saya dah jadi seorang model di runway SL.High fashion model lak tu.Jangan main-main.


Tetapi lama-lama, saya sendiri berminat kepada virtual bussiness di SL.Mula ketagih cari lindens.Seronok tengok angka lindens tu naik dan naik.So saya bermula dengan bekerja sebagai Sales Rep kepada Vidal Fashion Industry di bawah Maya Sharsphire.Ini kerja dalam komputer tau..hahahaha..Bukan kerja kat real life.


Sekarang ni saya dah jadi manager kepada salah satu store di Jakarta City Projek yang diusahakan oleh Javabox Kawanishi (jangan tanya la sebab apa nama dia pelik dia pun menyesal pilih nama tu).Java ni bos saya la.Builder dan juga pemilik kepada Kawanishi Estates.Orang Netherlands.Dan saya juga kerja bawah makwe dia Maya- sebagai director of Vidal Modeling Agency.


Kalau nak tahu apa cerita SL ni..kena la dload.Free je.Pastu sila la search nama saya dalam program tu -Nova2009 Avril..pastu Instant Message.Mesti jumpanya.Kalau mula2 dload ni ..you all punya avi macam cipan atau tenuk.Jadi saya boleh tolong secara percuma untuk make over jadi lawa sikit.



Download secondlife di sini