Sabtu, 5 September 2009

Selamat Datang Ke Malaysian 2nd Life







Huh,2nd Life? Kehidupan Kedua? Apa kejadahnya itu..






Senang cerita begini-Second Life atau SL adalah sebuah virtual comunnity /Komuniti Virtual di mana kita chat seperti dalam IRC atau YM tetapi lebih hebat lagi SL ni- kita ada avi atau Avator yang mewakili diri kita.Dan lebih best lagi kita ada virtual world.Kita boleh ke Australia dalam masa 5 minit,ke Paris kemudianya dengan hanya teleporting.Dan paling best- kita boleh berinteraksi dengan avi-avi lain diseluruh dunia dan kadang-kadang boleh voice chat dengan avi-avi tersebut seolah-olah mereka berada di sebelah kita sahaja.






Nama avi saya ialah Nova2009 Avril.Dan avi saya adalah seperti di dalam gambar.Gadis melayu sejati yang memakai kebaya.Ahaks.Tetapi kadang-kadang kalau boring-boring , Nova bertukar kepada Gothic girl atau mahkluk kecil yang comel dan cuddly.






Di dalam dunia SL- avi saya bekerja sebagai manager kepada fashion store Vidal(ye..boleh bekerja dan kumpul duit buat belanja...hehe.Nama matawang SL ialah Linden).Asal mula main Sl ni, avi saya jadi vampire.Tetapi disebabkan main vampire ni tidak sesuai dengan diri saya sendiri-ewwwwwww kena cari darah avi lain dan gigit leher orang tu.Tak mau!Saya pun bertukar lah jadi cheerleaders.Memandangkan ramai sungguh menolong saya membentuk avi jadi lebih bagus-dalam usia 3 bulan-avi saya dah jadi seorang model di runway SL.High fashion model lak tu.Jangan main-main.


Tetapi lama-lama, saya sendiri berminat kepada virtual bussiness di SL.Mula ketagih cari lindens.Seronok tengok angka lindens tu naik dan naik.So saya bermula dengan bekerja sebagai Sales Rep kepada Vidal Fashion Industry di bawah Maya Sharsphire.Ini kerja dalam komputer tau..hahahaha..Bukan kerja kat real life.


Sekarang ni saya dah jadi manager kepada salah satu store di Jakarta City Projek yang diusahakan oleh Javabox Kawanishi (jangan tanya la sebab apa nama dia pelik dia pun menyesal pilih nama tu).Java ni bos saya la.Builder dan juga pemilik kepada Kawanishi Estates.Orang Netherlands.Dan saya juga kerja bawah makwe dia Maya- sebagai director of Vidal Modeling Agency.


Kalau nak tahu apa cerita SL ni..kena la dload.Free je.Pastu sila la search nama saya dalam program tu -Nova2009 Avril..pastu Instant Message.Mesti jumpanya.Kalau mula2 dload ni ..you all punya avi macam cipan atau tenuk.Jadi saya boleh tolong secara percuma untuk make over jadi lawa sikit.



Download secondlife di sini


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tolonglah bagi comment membina